Friday, July 8, 2011
Kisah Hidupku.........T-T
Wednesday, April 13, 2011
Selamatkah Diri Di Padang Mahsyar?
Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati. Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :
"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata :
"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."
Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran :
"Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur )?" (Yassin: 52)
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan.Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.
01. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
02. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
03. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
04. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
05. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
06. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
07. Ada yang telapak kaki mereka terletak di dahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. ( mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama.)
08. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
09. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.
PENGHUNI MAHSYAR MERAYU DIPERCEPATKAN HUKUMAN
Satu pertanyaan timbul dikalangan ahli Mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar? Tidak siapapun yang tahu. Perit derita dialami berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidak berhenti-henti namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, dalam keadaan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan yang mengisi perutnya, tanpa setitik air yang membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yang boleh memberikan sedikit kelegaan.
Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak setengahnya pula berdiri dengan kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yang tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari kerana matahari sudah tidak beredar seperti di dunia dahulu. Sesaat pun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat. Saidina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira lima ribu juta tahun.
Waktu yang begitu panjang itu hanya sekadar suatu tempoh bagi Allah SWT membiarkan manusia di bumi mahsyar, suatu tempoh deraan yang tidak tertanggung oleh manusia sementara menuggu hari perhitungan amal. Berdiri dalam berhimpit-himpitan seperti yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w laksana anak-anak panah yang disumbatkan ke dalam bakul dengan bersesak-sesak. Demikianlah penghuni mahsyar berhimpit padat sehingga tidak ada ruang untuk bernafas, menahan dahaga bagaikan terbakar rengkung dan rasa lapar yang tidak dapat dibayangkan lagi.
Di kala itu tiba-tiba Allah SWT perintahkan seluruh penghuni mahsyar supaya berpaling kearah neraka. Ini arahan pertama dari Allah SWT kepada ahli mahsyar setelah mereka tidak dipedulikan selama 300 tahun, tidak dipedulikan oleh Allah sudah merupakan azab buat mereka, betapa pula apabila mereka diarah menghadap ke arah neraka yang apinya menjulang, dengan arahan itu tidak seorang pun yang dapat berpaling dari neraka kecuali mereka yg mendapat rahmat Allah.
Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk mereka, pada mulanya ahli mahsyar bergembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke mulut ahli mahsyar, lantas daging muka mereka luruh berguguran kerana air yang dibawa oleh malaikat Zabaniah terlalu panas. Muka mereka hanya tinggal tengkorak yang hangus.
Demikianlah Allah SWT menunaikan janjinya bahawa Tuhan akan menjadi raja yang memerintah pada hari akhirat, suatu hari yang amat digeruni oleh para malaikat. Malangnya hari itu telah dilupai oleh para raja dan pemerintah di dunia, sehingga mereka melakukan kezaliman yang besar apabila enggan melaksanakan hukum dan peraturan Allah
Ketika Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya di dunia kebanyakan manusia tidak ambil peduli. Allah SWT berfirman melalui Rasul-Nya menyatakan bahawa kasih sayang Allah mengatasi kemarahan-Nya, dengan sifat-Nya yang Maha Halus dan Maha Penyantun, manusia dirayu dengan penuh kasih sayang agar beriman dengan Allah dan hari akhirat tetapi tidak ramai yang menghiraukan rayuan Allah.
Pada hari Mahsyar tibalah masanya bagi Allah membuktikan peringatannya tentang bahaya hari akhirat bagi mereka yang mendustakannya. Mahsyar bukanlah hari pembalasan yang sebenar. Ia hanya sekadar suatu perhimpunan sementara menunggu perhitungan amal. Namun kebanyakan ahli mahsyar mengeluh tidak tahan lagi berada lebih lama di sana.
Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar dahaga yang menghiris kerana jutaan tahun (menurut ukuran masa) tidak ada sebutir makanan atau setitik air yang masuk ke perutnya. Ketika itu kedengaran di kalangan mereka yang berkata:
"Tidak adakah di kalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman".
Ada juga terdengar suara di kalangan ahli mahsyar yang memberikan cadangan agar berjumpa Nabi s.a.w.. Ketika inilah baru mereka ingat akan Nabi s.a.w, ketika inilah baru mereka ingat agar berjumpa Nabi, walaupun semasa di dunia dahulu mereka langsung tidak menghiraukan seruan nabi, malah ada yang mendustakan dan memusuhi Nabi serta membuat tuduhan terhadap nabi sebagai ahli sihir, orang gila dan sebagainya.
Ketika itu, kebanyakan para Nabi enggan menerima rayuan mereka sambil berkata:
"Bahawa hari ini masing-masing membawa diri, nafsi-nafsi, urusan aku terlalu banyak dan tidak sempat untuk memikirkan hal orang lain. Hari ini adalah hari bagi tuhan memperlihatkan kemurkaan-Nya, belum pernah Tuhan marah sedashyat hari ini".
Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan meminta agar diri mereka diberi syafaat, Nabi memberikan syafaatnya sebagaimana yang pernah dijanjikan, tetapi hanya kepada orang-orang tertentu yang pernah mengikat perjanjian dengan Allah dengan keimanan yang tinggi dan amal soleh . Nabi Muhammad s.a.w telah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana yang tersebut di dalam Surah Thahaa ayat 109 yang bermaksud...
"Pada hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang hanya Allah Maha Pemurah telah memberi keizinan kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya".
Menurut Imam Al-Ghazali bahawa mana-mana orang yang berumur panjang, sedangkan dia terlalu teruk menanggung sabar kerana ujian keimanannya terhadap Allah, sabar dari segala runtunan hawa nafsu, sabar menghadapi ancaman seteru-seteru Allah, maka bagi orang itu akan terasa pendek masa yang dilalui pada hari Mashyar.
Justeru orang-orang yg beriman dan patuh kepada semua suruhan Allah serta menghindari segala pantang larang dari perkara-perkara yang haram, maka banyak masalah yang ditempuhinya, kesukaran dan berbagai ujian kerana mentaati suruhan Allah . Apabila manusia dalam sengsara akan menjadikan manusia terasa terlalu lama hidup di dunia. Sekiranya dia berhati sabar menempuh segala halangan dan cubaan, maka wajarlah ia menerima rahmat dari Allah dengan menjadikan masa yang singkat sewaktu berada di Mashyar.
Hal-hal inilah yang menjadi pendorong dan semangat terutama kepada mereka yang berjihad dalam harakah Islamiah, kerana berada dalam gerakan Islam itu pasti akan menempuh berbagai ujian, dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yang tidak senang. Disebabkan menyokong gerakan Islam, akibatnya dia menerima berbagai sekatan, dihalang dari menerima bantuan, dicerca, dipulau dan dimaki.
Namun kesemua itu akan menjadi suatu yang mendatangkan rahmat kepadanya di mashyar kelak, apabila dia sabar atas segala rintangan itu. Ketika manusia diperam dan dijeruk di dalam lautan keringat dan airmata pada hari Mashyar, maka Allah kurniakan rahmat terhadap mereka dengan menjadikan jangka masanya singkat di bumi Mashyar. Walhal bagi orang lain yang tidak mendapat rahmat dan syafaat, tetap merasai suatu jangka masa sehingga ribuan juta tahun.
Orang-orang yg beriman sering memikirkan kesengsaraan hari mashyar yang deritanya tidak terperi, dia sedar bahawa sebagai manusia yang lemah tidak mampu menanggung azab yang begitu lama di bumi mashyar, justeru itu dia sanggup menanggung kesusahan yang sebentar di dunia semata-mata kerana hendak mentaati segala perintah Allah dan menjauhi apa jua larangan-Nya, serta memperjuangkan agama-Nya agar ia sentiasa terbela walaupun ramai di kalangan manusia yang membencinya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Kepada orang mukmin yang menanggung sengsara kerana beriman dengan Allah SWT , maka ia akan diringankan seperti lebih ringannya dia melakukan solat fardhu semasa di dunia".
Oleh itu selagi umur masih ada sayugialah orang-orang mukmin itu berfikir dan berusaha, samada dia benar-benar merasa gerun dengan hari mashyar. Adakah dia memilih ingin rehat di hari mashyar atau hendak membuang umur dan membazirkan waktu dengan sia-sia didunia ini.
Thursday, March 31, 2011
BINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANGSANYA
* Orang yang TIDAK mengerjakan SOLAT.
* Orang yang TIDAK mahu mengeluarkan ZAKAT.
* Orang yang MENDERHAKAI IBU BAPAnya.
* Orang yang suka MINUM ARAK.
* Orang yang sangat suka BERCAKAP-CAKAP tentang hal DUNIA di dalam MASJID
Wednesday, March 30, 2011
Kita Bukan Hipokrit
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
menipu Allah?
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
50 Tanda-tanda Orang Munafik Mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah
1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetehaun dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan.
2. Lupa Kepada Allah
3. Melalaikan Solat Fardhu
Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.
4. Mempercepatkan Pergerakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yantg munafik.
5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan.
6. Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramaai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.
8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruff.
9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.
10. Mengamalkan Riyak
11. Hasad Dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji.
14. Bakhil
15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik dan dosa-dosa besar.
16. Mencaci maki
Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.
17. Mengumpat
18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam.
19. Mengingkari Takdir
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah
20. Mempersendakan Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.
21. Enggan Berjihad
22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik
23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24. Menangguhkan Pembayaran Hutang
25. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.
26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang laain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil Cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.
27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran
28. Memakan Harta Anak Yatim
29. Membuka Rahsia Orang Lain
30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.
31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam
33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain
34. Bermuka Dua
Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.
35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar
36. Sombong Antara Sesama Manusia
37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.
39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40. membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah
41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42. Mengkhianat Sesuatu Amanah
43. Memutuskan Silaturraheem
44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin.
45. Menghalalkan Yang Haram
46. Membuat Keosakan Di Muka Bumi
47. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.
48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah
49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT
50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman
Nauzubillah min zalik
Sebab-sebab Hati Manusia Dikurniakan Hidayah
Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:
1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
3. Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.
5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6. Orang yang diuji Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.
7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih danlain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.
10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
Apabila Allah Taala dengan Rahmat dan Kasih Sayangnya ingin menolong dan memenangkan hambaNya dalam berhadapan dengan musuh atau seterunya yang licik dan bersiasah, maka dilimpahkan hati tersebut dengan segala tentera Anwar iaitu Taufiq dan Hidayah. Bermula makna hidayah ialah petunjuk-petunjuk ke arah jalan yang benar, manakala Taufiq itu bermaksud kekuatan atau keupayaan untuk melakukan sesuatu. Dengan Nur Taufiq dan Hidayah inilah, segala Zulumah yang terdiri dari kejahilan, kejahatan, kerakusan nafsu dan tipu daya syaitan akan dapat diluputkan dari terus menggoncang pintu hati seorang hamba. Bila Zulumah ini dapat disingkirkan, maka berhiasilah hati atau jiwa tersebut dengan Ilmu Tauhid yang teguh.
Sesungguhnya sesuatu ketaatan dan amalan baik yang boleh membawa seseorang itu kepada Allah Taala adalah dengan wasitah(pengantara) limpahan kurnia Nur Taufik dan Hidayah. Tanpa Nur Taufiq dan Hidayah ini, tidak mungkin seorang hamba akan mampu dan berupaya untuk mengerjakan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah Taala.
- Tahu sembahyang malam itu adalah sesuatu yang dituntuti dan dikasihi Allah, tanpa Taufiq dan Hidayah tidak mungkin kita akan mampu untuk melaksanakannnya.
- Tahu akan faedah sedikit makan dan banyak berpuasa dapat menjernihkan mata hati, namun kita tidak akan mampu melaksanakannya tanpa Taufiq dan HidayahNya.
- Tahu bahawa banyak berzikir itu dapat membersihkan hati dari karat-karat kelalaian, tapi tanpa Taufiq dan HidayahNya berat sekali lisan atau hati kita untuk melafazkan kalimah yang mulia itu.
- Dengan kerana itulah, biasanya seseorang hamba itu akan merasa suka dan gembira bila dapat dan mampu untuk mengerjakan amal ibadat taat yang banyak kerana sememangnya ia adalah sebagai satu anugerah rezeki yang besar dari Allah Taala. Dan adalah ia yang didatangkan daripada Alam Al-Hidayah dan menolong ia akan dikau atas mendirikan daripada fadholNya (limpah kurniaNya)daripada tiada haul(daya) daripadamu dan tiada wujud. Dengan sebab ianya adalah semata-mata limpah kurnia Taala dan bukannya daripada keupayaan dan kekuatan hamba.
Wajah Yang Bercahaya
QS Al Hadiid (57) : 12
"Pada hari dimana kalian melihat orang-orang beriman laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanannya."
QS. Yunus (10) : 27
“… seakan-akan wajah mereka ditutupi oleh kepingan-kepingan malam yang gelap gulita, mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Kenapakah orang-orang yang beriman dan banyak pahalanya memancarkan cahaya, sedangkan yang banyak dosa 'memancarkan' kegelapan alias kehilangan cahaya?
Ini memang rahasia yang sangat menarik. Allah sangat sering menggunakan istilah cahaya di dalam Al Qur’an. Dia mengatakan bahwa Allah adalah cahaya langit dan Bumi (QS. 24:35). Firman firmanNya juga berupa cahaya (Qur’an QS. 4:174; Taurat QS. 5:44; Injil QS. 5:46). Malaikat sebagai hamba-hamba utusanNya juga terbuat dari badan cahaya. Dan pahala adalah juga cahaya (QS. 57:19). Karena itu orang-orang yang banyak pahalanya memancarkan cahaya di wajahnya (QS. 57:12).
Kunci pemahamannya adalah di Al Qur’an Surat An Nuur: 35. Di ayat itu Allah membuat perumpamaan bahwa DzaNya bagaikan sebuah pelita besar yang menerangi alam semesta. Pelita itu berada di dalam sebuah lubang yang tidak tembus. Tetap di salah satu bagian yang terbuka, ditutupi oleh tabir kaca
Dari tabir kaca itulah memancar cahaya ke seluruh penjuru dunia, bagaikan sebuah mutiara. Pelita itu dinyalakan dengan menggunakan minyak Zaitun yang banyak berkahnya, yang sinarnya memancar dengan sendirinya tanpa disentuh api. Cahaya yang dipancarkan pelita itu berlapis-lapis, mulai dari yang paling rendah frekuensinya sampai yang tertinggi menuju cahaya Allah.
Ayat tersebut memberikan perumpamaan yang sangat misterius tetapi sangat menarik. Dia mengatakan bahwa hubungan antara Allah dengan makhlukNya adalah seperti hubungan antara Pelita (sumber cahaya) dengan cahayanya. Artinya makhluk Allah ini sebenarnya semu saja. Yang sesungguhnya ADA adalah DIA. Kita hanya 'pancaran atau pantulan' saja dari eksistensiNya.
Nah, cahaya yang dipancarkan oleh Allah itu berlapis-lapis mulai dari yang paling jelek (Kegelapan) sampai yang paling baik (Cahaya Putih Terang). Allah telah menetapkan dalam seluruh ciptaanNya itu bahwa Kegelapan mewakili Kejahatan dan Keburukan. Sedangkan Cahaya Terang mewakili Kebaikan.
Maka, kalau kita ingin memperoleh kebaikan dan keberuntungan, kita harus memperoleh cahaya terang. Dan sebaliknya kalau kita mempoleh kegelapan berarti kita masuk ke dalam lingkaran kejahatan dan kerugian.
Yang menarik, ternyata 'cahaya' dan 'kegelapan' itu digunakan oleh Allah di dalam firmannya sebagai ungkapan yang sesungguhnya. Misalnya ayat-ayat yang saya kutipkan di atas. Bahwa orang-orang yang beriman, kelak di hari kiamat, benar-benar akan memancarkan cahaya di wajahnya. Sedangkan orang-orang kafir, justru kehilangan cahaya alias wajahnya gelap gulita.
Dari manakah cahaya di wajah orang beriman itu muncul? Ternyata berasal dari berbagai ibadah yang dilakukan selama ia hidup di dunia. Setiap ibadah yang diajarkan rasulullah kepada kita selalu mengandung dua unsur, yaitu ingat kepada Allah (dzikrullah) dan membaca firmanNya yang berasal dari KitabNya. Baik ketika kita membaca syahadat, melakukan shalat, mengadakan puasa, berzakat, maupun melaksanakan ibadah haji.
Nah, dari kedua kedua unsur itulah cahaya Allah muncul. Bagaimanakah mekanismenya? Sebagaimana dikatakan di atas, bahwa Allah adalah sumber cahaya langit dan Bumi. Maka ketika kita berdzikir kepada Allah, kita sama saja dengan memproduksi getaran getaran cahaya. Asalkan berdzikirnya khusyuk dan menggetarkan hati. Kuncinya adalah pada 'hati yang bergetar.’
Hati adalah tempat terjadinya getaran yang bersumber dari kehendak jiwa. Ketika seseorang marah, maka hatinya akan berdegup keras. Semakin marah ia, semakin kencang juga getarannya. Demikian pula ketika seseorang sedang sedih, gembira, berduka, tertawa, dan lain sebagainya.
Getaran yang kasar akan dihasilkan jika kita sedang dalam keadaan emosional. Sebaliknya getaran yang lembut akan muncul ketika kita sedang sabar, tenteram dan damai.
Ketika sedang berdzikir, hati kita akan bergetar lembut. Hal ini dikemukan oleh Allah, bahwa orang yang berdzikir hatinya akan tenang dan tenteram.
QS. Ar Ra’d (13) : 28
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”
Ketika seseorang dalam keadaan tenteram, getaran hatinya demikian lembut. Amplitudonya kecil, tetapi frekuensinya sangat tinggi. Semakin tenteram dan damai hati seseorang maka semakin tinggi pula frekuensinya. Dan pada, suatu ketika, pada frekuensi 10 pangkat 13 sampai pangkat 15, akan menghasilkan frekuensi cahaya.
Jadi, ketika kita berdzikir menyebut nama Allah itu, tiba-tiba hati kita bisa bercahaya. Cahaya itu muncul disebabkan terkena resonansi kalimat dzikir yang kita baca. lbaratnya, hati kita adalah sebuah batang besi biasa, ketika kita gesek dengan besi magnet maka ia akan berubah menjadi besi magnetik juga. Semakin sering besi itu kita gesek maka semakin kuat kemagnetan yang muncul daripadanya.
Demikianlah dengan hati kita. Dzikrullah itu menghasilkan getaran-getaran gelombag elektromagnetik dengan frekuensi cahaya yang terus menerus menggesek hati kita. Maka, hati kita pun akan memancarkan cahaya. Kuncinya, sekali lagi, hati harus khusyuk dan tergetar oleh bacaan itu. Bahkan, kalau sampai meneteskan air mata.
Unsur yang kedua adalah ayat-ayat Qur’an. Dengan sangat gamblang Allah mengatakan bahwa Al Qur'an ada cahaya. Bahkan, bukan hanya Al Qur’an, melainkan seluruh kitab-kitab yang pernah diturunkan kepada para rasul itu mengandung cahaya.
QS. An Nisaa' (4) : 174
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur’an).”
QS. Al Maa’idah (5 ) : 44
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya …”
QS Al Maa’idah (5 ) : 46
"Dan Kami telah memberikan kepadanya kitab Injil, sedang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya . . . "
Artinya, ketika kita membaca kalimat-kalimat Allah itu kita juga sedang mengucapkan getaran-getaran cahaya yang meresonansi hati kita. Asalkan kita membacanya dengan pengertian dan pemahaman. Kuncinya, hati sampai bergetar. Jika tidak mengetarkan hati, maka proses dzikir atau baca Al Qur’an itu tidak memberikan efek apa-apa kepada jiwa kita. Yang demikian itu tidak akan menghasilkan cahaya di hati kita.
Apakah perlunya menghasilkan cahaya di hati kita lewat kegiatan dzikir, shalat dan ibadah-ibadah lainnya itu? Supaya, pancaran cahaya di hati kita mengimbas ke seluruh bio elektron di tubuh kita. Ketika cahaya tersebut mengimbas ke miliaran bio elektron di tubuh kita, maka tiba-tiba badan kita akan memancarkan cahaya tipis yang disebut 'Aura'. Termasuk akan terpancar di wajah kita.
Cahaya itulah yang terlihat di wajah orang-orang beriman pada hari kiamat nanti. Aura yang muncul akibat praktek peribadatan yang panjang selama hidupnya, dalam kekhusyukan yang sangat intens. Maka Allah menyejajarkan atau bahkan menyamakan antara pahala dan cahaya, sebagaimana firman berikut ini.
QS. Al Hadiid (57) : 19
“... bagi mereka pahala dan cahaya mereka…”
Dan ternyata cahaya itu dibutuhkan agar kita tidak tersesat di Akhirat nanti. Orang-orang yang memililki cahaya tersebut dapat berjalan dengan mudah, serta memperoleh petunjuk dan ampunan Allah. Akan tetapi orang-orang yang tidak memiliki cahaya, kebingungan dan berusaha mendapatkan cahaya untuk menerangi jalannya.
QS. Al Hadiid (57) : 28
“…dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu.”
QS. Al Hadiid (57) 13
"Pada hati ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman : "Tunggulah kami, supaya kami bisa mengambil cahayamu."
Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang, dan carilah sendiri cahaya (untukmu). "Lalu diadakanlah di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya ada siksa."
QS. Ali lmraan (3) : 106 - 107
"Pada hari yang di waktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada Pula yang menjadi hitam muram. 'Ada pun orang-orang yang hitam muram mukanya, (dikatakan kepada mereka) : kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.
"Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada di dalam rahmat Allah, mereka kekal di dalamnya.”
Jadi, selain wajah yang memancarkan cahaya, Allah juga memberikan informasi tentang orang-orang kafir yang berwajah hitam muram. Bahkan di QS. 10 : 27 dikatakan Allah, wajah mereka gelap gulita seperti tertutup oleh potongan¬-potongan malam.
Dalam konteks ini memang bisa dimengerti bahwa orang -orang kafir yang tidak pernah beribadah kepada Allah itu wajahnya tidak memancarkan aura. Sebab hatinya memang tidak pernah bergetar lembut. Yang ada ialah getaran-getaran kasar.
Semakin kasar getaran hati seseorang, maka semakin rendah pula frekuensi yang dihasilkan. Dan semakin rendah frekuensi itu, maka ia tidak bisa menghasilkan cahaya.
Bahkan kata Allah, di dalam berbagai firmanNya, hati yang semakin jelek adalah hati yang semakin keras, tidak bisa bergetar. Seperti yang pernah saya singgung sebelumnya, tingkatan hati yang jelek itu ada 5, yaitu : 1. Hati yang berpenyakit (suka bohong, menipu, marah, dendam, iri, dengki disb), 2. Hati yang mengeras. 3. hati yang membatu. 4. Hati yang tertutup. dan 5. Hati yang dikunci mati oleh Allah.
Maka, semakin kafir seseorang, ia akan semakin keras hatinya. Dan akhirnya tidak bisa bergetar lagi, dikunci mati oleh Allah. Naudzu billahi min dzalik. Hati yang:seperti itulah yang tidak bisa memancarkan aura. Wajah mereka gelap dan muram.
QS. Az Zumaar (39) : 60
"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta kepada Allah, mukanya menjadi hitam."
QS. Al An’aam (6) : 39
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gulita…”
Seperti yang telah saya kemukakan di depan, bahwa ternyata kegelapan itu ada kaitannya dengan kemampuan indera seseorang ketika dibangkitkan. Di sini kelihatan bahwa orang-orang kafir itu dibangkitkan dala keaaan tuli, bisu, buta, dan sekaligus berada di dalam kegelapan. Sehingga mereka kebingungan. Dan kalau kita simpulkan semua itu disebabkan oleh hati mereka yang tertutup dari petunjuk-petunjuk Allah swt.
QS. Al Hajj (22) : 8
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang bercahaya."
QS. Al Maa’idah (5 ) : 16
“…dan (dengan kitab itu) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya.”
QS. Al A’raaf (7) : 157
“…dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
QS. An Nuur (24) : 40
“…dan barangsiapa tidak diberi cahaya oleh Allah, tidaklah ia memiliki cahaya sedikit pun.”
QS. At Tahriim (66) : 8
"Hai orang-orang yang beriman bertaubatlah kepada Allah, dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan para nabi dan orang-orang beriman yang bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan : Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
