Friday, August 17, 2012



~♥~Firman Allah S.W.T~♥~

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

~♥~Surah Al-Baqarah,Ayat 216~♥~

Sunday, August 5, 2012


~<3~Andai kita rasakan..Itu adalah satu keaiban..Maka berhentilah dari menceritakannya..Kerana Allah telah merahsiakan keaiban kita..Andai kita cerita..Maka kita sedang membuka aib kita sendiri..Biarlah aib itu menjadi rahsia dan menjadi pendekat hubungan antara kita dengan Allah..~<3~

~Maka mengadulah padaNya..Kerana Dia yang lebih Maha Mengetahui...Cerita pada manusia..Manusia menyampaikan pada orang lain..Mengadu pada Allah..Allah membantu kita..Sungguh Allah itu lebih Penting..~

~Aib itu sesuatu yang orang lain tidak tahu..Yang berlaku pada kita..secara rahsia..Dan hanya Allah Yang Tahu..Kita sangka apabila menceritakan pada manusia kita akan lega..Hakikatnya..Cerita pada Allahlah lebih rasa dihargai..Kerana Allah akan membantu..Bukanlah membuka aib kita..Sungguh Allah itu Maha Penyayang..^__^~

Monday, May 21, 2012

☛ Hadis-hadis Palsu Yang Popular di Bulan Rejab ☚

"Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.”(Periwayat majhul(periwayat tidak dikenali).Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)

"Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan."Periwayat matruk(periwayat suka berdusta).(Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.”)

"Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku."(hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria).Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu(palsu)

"Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah."Periwayat matruk.Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”

"Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua hamba.”(Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.”)

"Barangsiapa solat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian solat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari azab kubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak diseksa."(Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal)

"Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir."(Periwayat matruk.Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.)

"Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga."(Periwayat matruk.Dalam Kitab Al-Laaly.Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu.)

Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab dan solat empat raka’at, di raka’at pertama baca ‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati)”(Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadits.”)

Apakah yg sepatutnya di lakukan?

"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"(Riwayat Ahmad)

:: Bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
:: Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
::Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
::Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
::Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
::Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
::Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari,Muslim)

Waallahu A'lam~

Sebarkan kepada umat.....

Wednesday, May 2, 2012

Inilah diriku yang bernama Mas Intan ... Diriku dilahirkan di Melaka..Impian ku cuma satu yakni mengapai cinta dariNya..Bersama2 bakal jodohku yang telah Allah tetapkan yang tidak lagi ku kenali siapakah dia..Diriku lahir pada tanggal 12 March 1990..Diriku seorang insan yang biasa..Hidupku lebihku suka bersederhana..Dan paling ku inginkan adalah Cinta dariNya..Prinsip hidupku adalah Tiada zina hinggalah diriku bernikah..Tidak akan ku sentuh arak dan dadah hinggalah diriku bertemu denganNya..Akan ku cuba jaga hidayah yang telah Dia berikan padaku..Itulah anugerah terindah dariku..Diriku anak ketiga dari enam orang adik beradik..Moga Allah membantu ku mengapai cinta dariNya..Aamin Ya Allah..Sungguh akan ku cerita kisah hidupku..InsyaAllah...~

Monday, April 2, 2012


~KERANA AKU WANITA~


kerana aku wanita,
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku.

kerana aku wanita,
ingin disayangi itu fitrah diriku.

kerana aku wanita,
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki.

kerana aku wanita,
emosiku selalu mengatasi logik akalku.

kerana aku wanita,
air mata teman setiaku.

kerana aku wanita,
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi.

DAN...

kerana aku wanita,
aku damba pertolongan darimu Adam.

peliharalah bicaramu denganku,
jangan bermain kata denganku,
takut rosak hatiku.

kerana aku wanita,
akhlakmu ukuran di mataku.

peliharalah akhlakmu dan imanmu,
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku,
takut rosak thiqohmu.

kerana aku wanita,
maka peliharalah susunan kata-katamu.

kerana aku mudah terasa,
namun aku bukan lemah,
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar.

kerana aku wanita,
peliharalah dirimu dari mencemuhku.

saat titisan jernih mengalir dari mataku,
kerana itu cara untukku,
meluahkan perasaanku,
supaya hatiku tenang kembali.

kerana aku wanita,
aku memang sangat peka.

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.

WAHAI ADAM...

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami.

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Tuesday, December 13, 2011

‎~♥~Cara menegur/menasihati yang baik~♥~

~Menasihati dengan kata2 yang baik dan berhikmah..Dan secara berdiam agar tidak menyakiti dan mengaibkan seseorang hamba Allah itu..~



~Menasihati tanpa memberitahu pada orang ramai akan keaibannya..~


~Menasihati seseorang bukanlah dihadapan orang ramai..Tetapi secara senyap2 dan hanya berdua dengannya..~

~Terima pada tiap penerimaannya..Sama ada marah atau terima secara baik..~

~Menasihati dengan penuh rasa rendah diri..Agar mereka mudah menerima..~

~Menasihati dengan diselitkan dengan senyuman..~

~♥~Firman Allah S.W.T~♥~

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”

~♥~(Surah Ali Imran, Ayat 110)~♥~

~♥~Firman Allah S.W.T~♥~

"Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai Muhamad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk"

~♥~( Surah Al-Nahl : 125 )~♥~

~Moga Allah merahmati kita semua..aamin Ya Allah..^__^~

Monday, November 28, 2011

‎~♥~❋ ❋ ~♥~Bersahabat Hanya Kerana Allah S.W.T~♥~❋ ❋ ~♥~


▶▶Apabila kita sombong dan Cepat marah◀◀

░▒▓ Orang akan menjauhkan diri dari kita..░▒▓

▶▶Apabila kita Menghina dan Merendahkan orang lain..◀◀

░▒▓ Orang takkan dekati kita..Mereka akan Teraniaya..dan Doa orang yang teraniaya sentiasa makbul...░▒▓

▶▶Apabila kita Menyakiti hati mereka dan Memperkatakan sesuatu yang buat mereka terasa..◀◀

░▒▓Mereka akan membenci kita..Akan adanya dendam..Mereka juga kan menjauhkan diri dari kita..Dan takkan membantu kita..░▒▓

▶▶Apabila kita membuka aib hamba Allah..◀◀

░▒▓Tetapi mereka tak balas..Dan terima dengan tangisan yang diselitkan semasa mengadu pada Ilahi dan mereka bersabar.Sungguh..Allah akan membuka aib kita yang lebih dahsyat sama ada didunia atau akhirat..░▒▓

▶▶Apabila kita mencari mereka tika kita susah sahaja..◀◀

░▒▓Sungguh mereka yang berhati mulia akan bantu walau kita susah dan senang..Dan Allah menyayangi hambaNya yang berkasih syg keranaNya..░▒▓

▶▶Apabila kita menjaga hati mereka dan sentiasa tersenyum..◀◀

░▒▓Mereka akan dekati kita dengan penuh kasih sayang..Menerima kerana Allah..Allah juga akan sayangi kita..kerana Berakhlak mulia dan berkasih sayang antara satu sama lain..░▒▓

~♥~✽ ✽ ~♥~Hargailah saudara seislam atau sahabat kita..Sesungguhnya..Persahabat
an adalah kurniaan Ilahi dan Amanah..Selagi mereka ada..Hargailah mereka..Memaafkan mereka dan saling berkasih sayang..^__^~♥~✽ ✽~♥~

~♥~Salam Ukhuwah kerana Ilahi.Moga Alla merahmati..Aamin Ya Allah~♥