Monday, March 28, 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN UTK ORG ISLAM

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama� adalah benar dan wujud
cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan
masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat
secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali
cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung
tugas tersebut. Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya
Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda
yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat
bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-
orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa
sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.



TANDA AKHIR.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang
akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan
samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa
dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat
Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka
diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh
diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun
doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-
mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Bukankah Diam Itu Lebih Baik?

Kenapa asyik membuka mulut

berkata-kata kosong

tanpa manfaat sedikitpun,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa sibuk mengatakan

keburukan orang lain

dengan tidak henti-henti mengumpat,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa mulut tidak penat

mengeluarkan kata-kata kesat

meskipun kepada rakan-rakan,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa masih tidak insaf

berkata-kata buruk

dengan mengutuk orang lain,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa agaknya mulut itu

tidak boleh dikunci walaupun

untuk masa yang singkat,

bukankah diam itu lebih baik?

“Barangsiapa siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam”

Orang yang suka berdiam diri atau pendiam itu lebih baik dari orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan baik. Kedua-dua sifat ini merupakan sifat yang baik dan tidak susah untuk melakukannya asalkan hati menyuruh tuan empunya diri berbuat demikian. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud;

Mahukah kamu aku khabarkan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuhnya ialah diam dan baik perangai”

Jika seseorang itu tidak mampu berkata baik, lebih baiklah dia mendiamkan diri. Jangan kita suka mengisi masa dengan mengumpat orang lain, mengutuk dan sebagainya yang boleh menyebabkan diri bertambah dibenci orang dan tuhan. Rasulullah bersabda yang bermaksud;

“Seseorang mukmin itu bukanlah pengumpat yang suka mengumpat yang keji dan yang ucapannya kotor”

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah yang tidak meletihkan,


Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya dalam kelalaian,
Bagaimana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?


Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,


Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,


Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,


Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.


Manusia berbicara setiap masa. Pagi, petang dan malam. Baik dan buruk. Bicara yang baik dapat menjamin keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Diri lebih dihormati dan disayangi masyarakat dan tuhan. Tetapi jika bicaranya tidak mengikut adab dan tuntutan agama, dia akan merana di dunia mahupun di akhirat. Di dunia dia dibenci orang dan di akhirat, bicara yang menyakiti hati orang lain menyebabkan kita diseksa di Neraka. Lidah yang dikurniakan Allah bukan dicipta untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya ia digunakan untuk mengeluarkan kalimah-kalimah yang berhikmah. Oleh sebab itulah, diam merupakan benteng kepada lidah kita dari berkata-kata yang tidak berfaedah dan sia-sia. Orang suka berdiam diri itu tidak bermakna dia bodoh, orang yang suka berbicara itu tidak pula bermakna dia cerdik kerana kecerdikan itu merupakan buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak berbicara.

Diam itu bagus bagi seseorang,

kerana diam itu tersembunyi 1001 hikmah,

tetapi ramai tidak mengetahui.


Diam merupakan ibadah,

dan pahala sebagai ganjarannya,

tidak perlu menggunakan tenaga,

kerana ia ibadah tanpa susah payah.


Diam dapat menghias diri,

iaitu perhiasan tanpa berhias,

ia lambang kehebatan seseorang

iaitu kehebatan tanpa berkerajaan.


Diam merupakan benteng,

benteng tanpa pagar,

benteng dari kemaksiatan

dan seksaan tuhan.


Diam merupakan suatu istirahat,

istirahat kepada malaikat pencatat keburukan,

dan tugas besar kepada

malaikat pencatat amal kebaikan.


Diam merupakan hijab,

iaitu hijab tanpa tabir yang menutupnya,

hijap dari aib seseorang,

di dunia mahupun di akhirat kelak.



Manusia tidak dapat melawan syaitan jika asyik berbicara tak tentu pasal. Cara yang terbaik adalah dengan diam. Diam merupakan ikhtiar yang terbaik kepada setiap manusia itu jika tidak dapat berbicara ke arah kebaikan. Bicara yang baik dan menepati adab adalah lambang hati yang baik dan bersih yang juga bergantung kepada kekuatan iman pada manusia itu sendiri. Akhir kata, satu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Naim sebagai penutup bicara saya pada post kali ini dan sebagai renungan bersama. Hadisnya bermaksudnya;


“barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya, barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya nerakalah tempat paling layak baginya”

Nasihat, Hikmah dalam Teguran

“Diriwayatkan daripada Tamim ad-Dari r. a. bahawa nabi Muhammad SAW bersabda : ‘Agama adalah nasihat’. Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali. Kami pun bertanya : ‘Untuk siapakah wahai Rasulullah?’ Jawab baginda : ‘Untuk ALLAH, KitabNya, RasulNya, pemerintah-pemerintah orang Islam dan orang awam Islam.”

(Hadith riwayat Muslim)

Nasihat menasihati

Dalam hidup, kita sebagai manusia biasa tidak akan lepas dari membuat salah. Setiap hari mesti ada kesalahan yang kita buat. Kalau tidak banyak, sedikit. Oleh sebab kita ini makhluk yang tidak lepas dari membuat kesalahan. Maka disinilah elemen TEGURAN amat memainkan peranan. Tetapi tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan senang hati, dengan hati terbuka, dengan berlapang dada. Daripada pengalaman saya sendiri, kebanyakan orang akan melihat teguran ini seolah-olah nak tunjuk kelemahan mereka. Maka selalunya teguran ni dibalas dengan kata-kata yang kurang enak didengar, contohnya: "eh, suka hati akulah nak jadi apa pun, kau apa peduli".

Manusia tidak suka pada teguran sebab dalam diri manusia ada satu sifat iaitu EGO. Semua manusia ada sifat ini. Bezanya mungkin sikit atau banyak ego tu dalam diri kita dan bagaimana kita mengawalnya. Namun walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan pada kita. Rasulullah SAW junjungan kita, pemimpin agung, kekasih Allah, insan yang dijanjikan syurga juga menerima teguran.

Pernah satu ketika baginda di tarik dengan kasar oleh seorang Arab yang meminta baginda melunaskan hutang baginda walaupun belum sampai tarikh kutipan hutang. Saidina Umar r.a yang berada dengan Rasulullah pada waktu itu, menghunuskan pedang dan memarahi lelaki Arab tersebut kerana berkasar dengan Rasulullah. Apa Rasulullah buat. Rasulullah bersabda "Wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dan kau menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik." Nah itu akhlak al-Quran yang Rasulullah tunjukkan. Indah kan. Kalau kita lah ditempat Rasulullah saw, dikasari kemudian minta hutang, ada pula orang yang nak tolong kita, rasanya kita biarkan je orang yang mengasari kita tu dikerjakan orang yang nak tolong kita tu. Tapi dari kisah tadi, kita lihat bagaimana Rasulullah saw mendidik kita. Walaupun dikasari, Rasulullah tetap berlembut dengan lelaki Arab tadi. Malah minta ditegur. Disitu kita lihat Rasulullah saw meraikan teguran.

Saidina Umar ra, siapa tidak kenal beliau, tegas, gagah, perkasa juga menerima teguran. Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"

Apa jawapan Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar." Lihat disitu, Saidina Umar menerima teguran seorang peminum arak.

Berilah Peringatan

Dari dua kisah diatas kita lihat bagaimana Rasulullah saw dan Saidina Umar ra menerima teguran dengan hati yang lapang. Rasulullah saw itu kekasih Allah. Saidina Umar itu Amirul Mukminin. Kedua-dua mereka nama besar dalam Islam. Kedua-dua mereka menerima teguran. Kita pula, siapalah kita ini, manusia biasa, yang hidup setiap hari tidak lepas dari melakukan dosa, maka tidak bolehkan kita menerima teguran. Siapalah diri kita sampai tak nak menerima teguran.

Seharusnya kita melihat teguran sebagai satu instrumen untuk membetulkan kembali apa yang salah, bukannya sebagai penjatuh kredibiliti kita. Melihat teguran dari sisi yang positif. Jangan lihat dari sisi yang negatif. Orang tak akan dapat memberi teguran kepada kita kalau dia tidak perhatikan kita dan sayangkan kita. Bila dia perhati, baru dia dapat lihat dimana kekurangan kita, maka dia tegur kita. Kenapa dia tegur, sebab dia nak betulkan kekurangan kita tu, kenapa dia nak betulkan kekurangan kita tu, supaya nanti kita ni nampak baik-baik sahaja. Kalau kita ni nampak baik-baik sahaja, bukankah makin ramai orang yang akan menyenangi kita. Kan bahagia kalau begitu. Makanya, berlapang dada dengan setiap teguran. InsyaAllah kita akan lebih tenang.

Sumber: Hilal Asyraf, Kembara Hamba Mencari Cahaya.

Saturday, March 26, 2011

Cinta





1. Kami tidak berzina!

- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.



2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, adakah menhampiri zina ?

- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.



3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu ….

- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.



4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!

- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akanmengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??



5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?

- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.



6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?



7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”

- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!



8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.

-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.Kawan sejenis takde ke?



9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..

- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.



10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri iti tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nakurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.



11. Tentu ada cinta secara Islam.

- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( hari Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.



12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?

Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.



13. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..

-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang



14. Jadi manusia itu tak tahan di uji??

-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.



15. Tetapi cinta selepas kahwin banyak maslah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.

-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.



16. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??



17. Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…

- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.



18. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.



19. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??



20. Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.



21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…

-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.



22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..

- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.



23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..



24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?

- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah:

“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)



25. Bagaimana kami ?

- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.



26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?

- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:

a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.

Untuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua. Insyallah.



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.



Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".



Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."



Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu?"



Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-



1] Bertaubat

2] Menyesali dosa yang telah dilakukan

3] Tidak tergila-gilakan dunia

4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5] Tinggalkan sifat berbangga

6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7] Meninggalkan sifat dengki



Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."



Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



Inzar ma'an.

~ Lima Tanda HATI keras MEMBATU ~

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta & benci, keimanan & kekufuran, taubat & sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".



Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:



1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan



Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)



2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran



Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)



3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat



Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego & individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.



4. Kurang mengagungkan Allah



Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan & dosa.



5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah



Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)



Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

Azab Akibat Tinggalkan Solat

Semasa selesai bersembahyang di masjid, terbaca satu artikel menerangkan azab yang bakal diterima akibat lalai dan tidak menunaikan solat 5 waktu. Ketahuilah bahawa solat 5 waktu adalah wajib bagi umat Islam. Balasan akibat meninggalkan solat 5 waktu terbahagi kepada 4 keadaan iaitu :-

Semasa Di Dunia

1. Allah SWT mencabut nur orang-orang yang soleh daripada wajahnya
2. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
3. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.

Semasa Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Semasa Di Alam Barzakh


1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman)dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya bertemu (seperti jari bertemu jari)
4. Mendapat siksaan dari binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan.

Semasa Hari Kiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Sebagai ingatan pada diri sendiri dan tuan-tuan sekelian, tunaikanlah solat 5 waktu seelok-eloknya tunaikanlah secara berjamaah. Luangkanlah sedikit masa untuk mengadap pencipta kita Allah SWT, semoga kita beroleh rahmatNya dan di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman, Amin.