Tuesday, December 13, 2011

‎~♥~Cara menegur/menasihati yang baik~♥~

~Menasihati dengan kata2 yang baik dan berhikmah..Dan secara berdiam agar tidak menyakiti dan mengaibkan seseorang hamba Allah itu..~



~Menasihati tanpa memberitahu pada orang ramai akan keaibannya..~


~Menasihati seseorang bukanlah dihadapan orang ramai..Tetapi secara senyap2 dan hanya berdua dengannya..~

~Terima pada tiap penerimaannya..Sama ada marah atau terima secara baik..~

~Menasihati dengan penuh rasa rendah diri..Agar mereka mudah menerima..~

~Menasihati dengan diselitkan dengan senyuman..~

~♥~Firman Allah S.W.T~♥~

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”

~♥~(Surah Ali Imran, Ayat 110)~♥~

~♥~Firman Allah S.W.T~♥~

"Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai Muhamad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk"

~♥~( Surah Al-Nahl : 125 )~♥~

~Moga Allah merahmati kita semua..aamin Ya Allah..^__^~

Monday, November 28, 2011

‎~♥~❋ ❋ ~♥~Bersahabat Hanya Kerana Allah S.W.T~♥~❋ ❋ ~♥~


▶▶Apabila kita sombong dan Cepat marah◀◀

░▒▓ Orang akan menjauhkan diri dari kita..░▒▓

▶▶Apabila kita Menghina dan Merendahkan orang lain..◀◀

░▒▓ Orang takkan dekati kita..Mereka akan Teraniaya..dan Doa orang yang teraniaya sentiasa makbul...░▒▓

▶▶Apabila kita Menyakiti hati mereka dan Memperkatakan sesuatu yang buat mereka terasa..◀◀

░▒▓Mereka akan membenci kita..Akan adanya dendam..Mereka juga kan menjauhkan diri dari kita..Dan takkan membantu kita..░▒▓

▶▶Apabila kita membuka aib hamba Allah..◀◀

░▒▓Tetapi mereka tak balas..Dan terima dengan tangisan yang diselitkan semasa mengadu pada Ilahi dan mereka bersabar.Sungguh..Allah akan membuka aib kita yang lebih dahsyat sama ada didunia atau akhirat..░▒▓

▶▶Apabila kita mencari mereka tika kita susah sahaja..◀◀

░▒▓Sungguh mereka yang berhati mulia akan bantu walau kita susah dan senang..Dan Allah menyayangi hambaNya yang berkasih syg keranaNya..░▒▓

▶▶Apabila kita menjaga hati mereka dan sentiasa tersenyum..◀◀

░▒▓Mereka akan dekati kita dengan penuh kasih sayang..Menerima kerana Allah..Allah juga akan sayangi kita..kerana Berakhlak mulia dan berkasih sayang antara satu sama lain..░▒▓

~♥~✽ ✽ ~♥~Hargailah saudara seislam atau sahabat kita..Sesungguhnya..Persahabat
an adalah kurniaan Ilahi dan Amanah..Selagi mereka ada..Hargailah mereka..Memaafkan mereka dan saling berkasih sayang..^__^~♥~✽ ✽~♥~

~♥~Salam Ukhuwah kerana Ilahi.Moga Alla merahmati..Aamin Ya Allah~♥

Tuesday, November 15, 2011

►►►Tip Mengurangkan Tekanan◄◄◄


Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

  • Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

  • Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

  • Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

  • Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

  • Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

  • Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

  • Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

  • Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Saturday, November 12, 2011

►►►Menyambut Teguran Positif◄◄◄



"Tolonglah saudaramu, samada dia zalim atau dizalimi. Apabila dia zalim, cegahlah. Bila ia dizalimi, menangkanlah." (HR Al-Bukhari)

Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini dengan begitu sempurna. Malam dan siang silih berganti melayani keperluan hidup manusia. Terang dan gelap pun menjadi sebuah keperluan makhlukNya di seluruh pelusuk bumi. Oleh itu, tidak semua yang gelap boleh dibiarkan selama-lamanya begitu.

••●ANGGAPALAH TEGURAN SEBAGAI HADIAH RABBANIYAH


Tidak ada dosa dan kesalahan yang tidak mempunyai balasan. Semuanya akan dibalas oleh Allah swt., samada dalam kehidupan ini atau di akhirat kelak.

Bayangkan jika dosa dan kesalahan berjalan berterusan :

1. Tanpa terasa apa-apa.
2. Tanpa ada teguran.
3. Tanpa ada peringatan.

Niscaya akan berlaku kerosakan yang banyak dalam kehidupan manusia. Menggunungnya dosa dan kesalahan boleh menyebabkan tersumbatnya semua cahaya kesedaran. Orang-orang seperti ini bukan hanya tidak menemui pintu kesedaran, bahkan ia merasa bahwa dirinya sahaja tergolong orang yang mendapat petunjuk.

Maha Benarlah Allah swt dalam firmanNya : "Sebahagian diberiNya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahwa mereka mendapat petunjuk. (QS Al-A'raaf : 30)

Allah swt sentiasa sayang pada hamba-hambaNya. Berbeza dengan orang kafir yang mendapat berbagai nikmat dan peluang sehingga tanpa segan silu melakukan maksiat, orang mukmin tidak begitu. Sedikit sahaja bengkok, sentiasa ada teguran. Ada teguran secara langsung berupa musibah, bencana atau malapetaka dan ada pula teguran yang tidak secara langsung yang disuarakan melalui mulut manusia. Bahkan Allah swt menamakan ciri mereka yang saling menegur sebagai generasi yang selamat dari bencana kerugian dunia dan akhirat.

Maha Agung Allah swt dalam firmanNya : "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (QS Al-Ashr : 1-3)
••●ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI UNGKAPAN SAYANG

Kadang-kadang agak sukar menterjemahkan sebuah ungkapan dengan timbangan yang jernih dan lurus termasuk dalam soal teguran. Kebiasaannya, orang yang menegur diterjemahkan atau dianggap sebagai lawan yang menyusahkan bahkan ingin menjatuhkan. Dalam timbangan akhlak Islam, nilai sebuah teguran adalah jauh dari anggapan tersebut.

Bahkan kalau kita melihat secara positif :
1. Teguran bukan untuk menyusahkan melainkan untuk memudahkan.
2. Teguran bukan ungkapan marah apalagi permusuhan melainkan ianya adalah ungkapan sayang dan persaudaraan.

Rasulullah saw pernah bersabda : "Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan keadaan, saling menyedarkan satu sama lain dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan)." (HR Ad Dailami)

Teguran adalah ungkapan sayang yang sejati seorang saudara terhadap saudaranya yang lain yang mungkin terjebak dalam suatu kesalahan. Cinta kerana Allah dan benci pun kerana Allah. Kalau bukan kerana cinta, mungkin ia tidak akan peduli untuk menegur kerana usaha itu terasa begitu berat.
••●ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI GURU DI MEDAN

Teguran tidak selalunya berkaitan atau ada hubung kait dengan dosa. Tidak selalunya berkaitan dengan sesuatu yang prinsip. Ada teguran yang memang sangat diperlukan ketika sesuatu yang bersifat teori cuba diimplementasikan ke bumi nyata dalam wilayah aplikasi.

Dalam hal berumahtangga misalnya, ketika belum memasuki alam perkahwinan, seseorang merasa sudah faham betul dengan yang hal ehwal rumah tangga setelah mendapatkan informasi dari buku, ceramah dan sebagainya. Tapi, ketika rumahtangga sudah menjadi kenyataan, semua perkara menjadi sungguh berbeza. Realiti kadangkala tidak selalunya bertepatan dengan suasana ideal yang diimpikan.

Berlaku perbezaan di sana di mana wujudnya konflik antara suami dan isteri. Sesuatu yang dalam teori begitu indah, tetapi ternyata begitu gersang dalam kenyataan di medan. Tentunya, yang salah bukannya cita-cita idealnya tadi, tapi cara bagaimana menggarap dan mencapai tujuan dan impian itu yang belum benar-benar selaras. Di sinilah, seseorang memerlukan teguran dan teguran ketika itu bertukar menjadi guru di lapangan realiti sebenar.
••●ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI CERMIN MEMPERINDAHKAN DIRI

Ego manusia sentiasa merasakan yang ia serba sempurna tanpa ada cacat cela dan titik noda malah semuanya dirasai bagus. Kalau ada orang lain yang menilai sedikit berbeza, pasti si penilai yang dianggap silap. Begitulah juga yang boleh berlaku dalam diri seorang mukmin.

Dengan penuh kepercayaan terhadap dirinya, ia begitu yakin bahwa semua langkahnya sempurna tanpa ada kesalahan. Yang salahnya adalah jika ada yang menganggapnya salah. Dari sudut pandangan Islam, manusia adalah tempat salah dan lupa. Jadi, akan ada sahaja kemungkinan kalau seorang mukmin pun boleh khilaf. Kalau seorang ulama' pun boleh salah dan seorang pemimpin pun boleh tersasar, jadi pada ketika itu, ia sangat memerlukan teguran sebagai cermin yang boleh menyedarkan dirinya.

Rasulullah saw bersabda : "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (HR Al-Bukhari) Indahnya nikmat keimanan.

Hati yang mulanya gelap menjadi terang. Bahaya dan penyakit yang bersarang di sekeliling dirinya yang sebelumnya tertutup, boleh tersingkap dengan jelas. Kian nampak mana yang baik dan mana yang buruk dalam perkara apa pun termasuklah dalam pergaulan dan persaudaraan Islam.
••●TIDAK ADA MANUSIA YANG SERBA SEMPURNA

Ketika ini tidak ada manusia yang sempurna dalam segala perkara bahkan sentiasa sahaja ada kekurangan.

Boleh jadi :
1. Ada yang bagus dalam rupa paras, tapi ada kekurangan dalam gaya bicara.
2. Ada yang bagus dalam penguasaan ilmu, tapi tidak mampu menguasai emosi kalau ada singgungan.
3. Ada yang kuat di satu segi, tapi lemah di sudut yang lain. Dari situlah seorang mukmin mesti cermat untuk mengukur, menimbang dan membuat penilaian terhadap seseorang. Apa kekurangan dan kesalahannya. Kenapa boleh berlaku begitu dan seterusnya.

Walau bagaimanapun keadaan orang yang sedang dinilai, keadilan tidak boleh dilupakan meskipun terhadap orang yang tidak disukai. Yakinlah bahwa di sebalik keburukan sifat seorang mukmin, pasti ada kebaikan di sisi yang lain. Tidak boleh main `pukul rata': "Ah, orang seperti itu memang tidak berkelakuan baik!" Allah swt. meminta orang-orang yang beriman agar sentiasa bersikap adil.

Firman Allah swt : "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah; menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS Al Maidah : 8)

Dari timbangan yang adil itulah, penilaian akan menjadi seimbang. Tidak serta-merta mengecap bahwa orang itu pasti salah. Mungkin, ada sebab yang membuatkan ia lalai, lengah dan kehilangan pengendalian diri. Bahkan boleh jadi, jika pada posisi dan situasi yang sama, kita pun tidak lebih bagus dari orang yang kita nilai.
••●KEKURANGAN DIRI SEORANG MUKMIN MERUPAKAN UJIAN TERHADAP MUKMIN YANG LAIN

Hubungan sesama mukmin adalah seperti satu tubuh. Ada keterkaitan yang begitu kuat. Sakit di salah satu bahagian tubuh, bererti sakit pula di bahagian yang lain. Aib pada diri seorang mukmin, bererti aib pula buat mukmin yang lain.

Setidak-tidaknya, ada dua ujian buat seorang mukmin ketika keaiban saudaranya tersingkap :

PERTAMA : Kesabaran untuk menanggung keburukan secara bersama. Siapa lagi yang layak memberi kritikan dan arahan kalau bukan saudara sesama mukmin. Ini kerana dialah yang lebih faham keadaan daya tahan keimanan saudaranya sesama mukmin. Sabar untuk sentiasa menegur, mendekati dan memberi penyelesaian.

KEDUA : Kesabaran untuk tidak menyebarkan keburukan saudaranya kepada orang lain. Ini memang sukar kerana lidah kerap tersasul dan sentiasa sahaja tergelincir untuk menyampaikan isu-isu baru yang menarik minat orang ramai.

Tapi sayangnya, sesuatu yang menarik buat seseorang itu kadang-kadang menjadi sesuatu yang buruk buat mereka atau objek yang dibicarakan. Di situlah ujian seorang mukmin untuk mampu memilih dan menilai. Mana yang perlu dikhabarkan dan mana yang mesti dirahsiakan.

Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mendengar-dengar berita rahsia orang lain." (HR Al-Bukhari)
•●TATAPILAH KEKURANGAN DIRI SEBELUM MENILAI KEKURANGAN ORANG LAIN

Ego manusia sentiasa membisikkan `Sayalah yang sentiasa baik dan yang lain buruk'. Dominasi ego seperti inilah yang kerapkali membuatkan timbangan penilaian jadi tidak adil. Kesalahan dan kekurangan orang lain begitu jelas, tapi kekurangan diri tidak pernah terasa dan terlihat. Padahal, kalau bukan kerana anugerah Allah berupa tertutupnya aib diri sendiri, tentunya orang lain pun akan secara jelas menemui aib kita. Sebelum memberi reaksi terhadap aib orang lain, lihatlah secara jernih apakah mutu diri kita sendiri. Lebih baikkah? atau jangan-jangan lebih buruk lagi. Dari situlah ucapan syukur dan istighfar mengalir dari hati yang paling dalam.

Syukur kalau diri ternyata lebih baik dan istighfar jika terlihat bahwa diri sendiri lebih buruk. Tatapilah aib saudara mukmin lain dengan pandangan baik sangka :

1. Mungkin ia terpaksa.
2. Mungkin itulah pilihan buruk dari sekian banyak yang terburuk.
3. Mungkin langkah dia jauh lebih baik dari kita jika berada pada situasi dan keadaan yang sama.
•●MEMBUKA AIB SEORANG MUKMIN BERERTI MEMPERLIHATKAN AIB SENDIRI

Seorang mukmin dengan mukmin lainnya adalah bersaudara. Sebuah persaudaraan yang jauh lebih kuat berbanding satu ayah dan satu ibu kerana Allah sendiri yang menyatakan kekuatan persaudaraan itu: "Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara…." (QS Al-Hujurat : 10)

Ketika seorang mukmin membuka dan menyebarkan aib saudaranya, ada dua kesalahan yang dilakukan sekaligus :

PERTAMA : Citra keagungan orang-orang beriman telah dikotori. Reaksi spontan yang muncul boleh memalukan umat Islam, "Ya, sama sahaja, keimanan tidak boleh menjadi jaminan!" dan seterusnya.

KEDUA : Orang yang gemar menyebarkan aib saudaranya sebenarnya tanpa sedar sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli.

Di antara jati dirinya yang tersingkap adalah :

1. Tidak boleh memegang rahsia
2. Lemah semangat kesetiakawan
3. Penyebar berita bohong Semakin banyak aib yang ia sebarkan, semakin jelas pula keburukan diri si penyebar.

Benarlah apa yang dinasihatkan oleh Rasulullah saw bahwa diam adalah pilihan terbaik ketika tidak ada bahan ucapan yang baik. Simpanlah aib seorang teman dan saudara sesama mukmin kerana dengan berbuat begitu..kelak, Allah swt akan menutup aib kita di hadapan manusia di akhirat nanti.

Ya Allah, jadikanlah kami umat yang sentiasa memberi teguran dan nasihat di atas perkara kebenaran dan sentiasa menetapi kesabaran di atas segala ujian dan fitnah yang berlaku terhadap sesama mukmin atau dilakukan oleh orang-orang kafir. Berilah kekuatan dan keteguhan iman untuk kami mampu bertahan dan tidak menyebarkan keaiban dan kelemahan saudara-saudara kami kerana akhirnya ia memberi kesan kepada diri kami sendiri samada di dunia atau di akhirat..Aamin Ya Allah~

░▒▓Wasiat Imam Syafi’e: Berakhlak Mulia░▒▓


Bahasa terjemahannya agak puitis, tapi banyak pengajaran dapat di ambil jika kita renungkan bait-bait nasihat berikut dengan mata hati yang dalam. Insya Allah.

1. Perbanyaklah Amal Kebaikan

Nafsuku padam tatkala ubun-ubunku menyala. Malamku gelap gelita ketika bintang bersinar terang. Wahai burung hantu yang hinggap di atas ubun-ubunku! Ketika burung gagak terbang dariku, kau kunjungi daku dan kau lihat tubuhku semakin rapuh. Memang setiap tempat yang kau kunjungi bererti itulah tempat-tempat kerapuhan.

Masihkah dapat kunikmati manisnya hidup, meskipun rambutku semakin menipis dan ubanku semakin menyebar, sulit untuk disemir ? Ketika usia senja seseorang telah datang dan rambutnya semakin memutih, hendaknya dia segera menumpas keseronokan serta kekejian hari-harinya dengan kebaikan.

Tinggalkanlah perkara-perkara yang buruk ! Kenapa hal itu haram dilakukan oleh orang yang bertaqwa. Dan tunaikanlah zakat atas kedudukan atau jawatanmu, kerana zakat tersebut sama dengan zakat harta bila telah sampai nisabnya.

Berlaku baiklah kepada orang lain. Kerana dengan begitu, kelak engkau akan dapat menguasai manfaat kepada orang lain.

Jangan berjalan di atas bumi dengan penuh keangkuhan. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi bumi ini akan menelanmu.

Barangsiapa sedang mencicipi dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. Bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. Dunia tidak ubahnya bagaikan bangkai-bangkai busuk yang hanya anjing-anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. Jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau akan terselamat dari kekotorannya. Tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau akan diserang oleh anjing-anjingnya.

Berbahagialah orang-orang yang kukuh asas imannya dan menutup diri dalam kesucian jiwa.

2. Akhlak Yang Baik

Jika aku dicaci maki oleh orang yang hina, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah. Kerana tidak akan muncul keaiban kecuali akibat perbuatan seseorang. Jika jiwaku belum menjadi mulia atas dunia akan kutetapkan ia di kalangan orang-orang yang hina. Jika semua usahaku kuniatkan hanya untuk kepentinganku sendiri, maka engkau akan menemukan diriku memiliki banyak kesempatan untuk itu. Tetapi, aku berusaha melakukan sesuatu untuk kepentingan kawan-kawanku. Sungguh merupakan suatu cela atas orang yang kenyang, sementara dia membiarkan kawan-kawannya kelaparan.

Suatu ketika aku pernah mendapat penghinaan dari orang bodoh, namun aku tidak menganggapinya. Dia semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat batang kayu cendana, semakin hangus dibakar, semakin harum baunya. Jika orang-orang bodoh bertutur kata di depanmu, janganlah engkau tanggapi ! Sebaik-baik tanggapan untuk mereka adalah dengan bersikap diam. Jika kau berbicara di hadapan mereka, janganlah sampai terbawa arus pendapat yang diciptakan mereka. Dan jika kau berpaling dari mereka, wajah mereka akan tampak pucat pasi.

3. Jiwa Yang Kerdil

Diriwayatkan oleh Abdullah Al-Asbahani dari Abu Nashr dari Abu Abdillah yang mengatakan bahawa pernah mendengar Imam As-Syafi’e berkata :

“Tumpukan wang dapat membuat orang-orang yang sebelumnya membisu menjadi banyak bicara. Hati mereka tidak pernah mengenali kelebihan orang lain, dan tidak tahu darjat kemuliaan mereka sendiri”

4. Jiwa Yang Mulia

Tercabutnya gigi, seksa di penjara, tercabutnya jiwa, ditolaknya cinta, sejuk yang mencengkam, hukuman gantung, menyamak kulit binatang tanpa sinaran matahari, memakan daging, memburu burung, menanam biji di tanah yang gersang, memadamkan kobaran api, menanggung malu, menjual rumah dengan harga murah, menjual kasut, dan menghadapi keganasan cambukan rotan, semuanya itu masih lebih meminta belas kasihannya.

5. Tiga Penyebab Datangnya Penyakit

Terdapat tiga perkara yang dapat merosak manusia di samping juga dapat menyebabkan orang sihat menjadi sakit. Iaitu membiasakan minum minuman keras , terlalu banyak bersenggama, dan terburu-buru memasukkan makanan ketika di mulut masih ada makanan.

Mestikah kutaburkan permata ke hadapan domba-domba bodoh, atau mestikah aku bersajak di depan pengembala kambing-kambing ?

Sungguh ! Jika hidupku terlantar di negeri ini, aku akan memanfaatkan kata mutiara yang keluar dari penghuninya.

Jika Allah masih menganugerahi aku dengan kasihnya, akan kutemukan orang-orang pandai dan bijak.

Akan kusebarkan ilmuku, dan kumanfaatkan kecintaan mereka. Jika tidak, maka ilmuku akan selalu ku simpan.

Barangsiapa mengajari orang bodoh, akan sia-sia. Barangsiapa melarang orang lain yang berhak mendapat ilmu, zalimlah dia.

6. Meruntuhkan Kehormatan Orang Lain

Wahai orang yang telah menghancurkan kehormatan orang lain, dan yang memutuskan tali kasih sayang, kau akan hidup penuh kehinaan. Jika engkau orang merdeka dan dari keturunan orang yang baik-baik, pastilah engkau tidak akan menodai kehormatan orang lain.

Barangsiapa pandai menimbang orang lain, tentu orang lain akan menimbang dirinya dengan segenap kebaikannya. Cukup sudah bagiku pengajaran dari guruku.

7. Buruk Sangka

Prasangka selalu buruk dan prasangka buruk itu sumber fitnah. Ketika seseorang melemparkan tuduhan dalam keadaan lapar, ia hanya mengungkapkan prasangka baik dan ucapan yang enak didengar.

8. Terimalah Maaf Dengan Tulus

Terimalah permintaan maaf sahabatmu yang melakukan kesalahan, baik ia jujur mengatakannya kepadamu ataupun tidak. Dengan begitu bererti telah taat kepadamu orang yang engkau terima dari segi lahirnya sahaja. Dan telah membuatmu mulia orang yang bermaksiat kepadamu secara sembunyi-sembunyi

9. Permintaan Maaf Sebagai Penebus Dosa

Dikatakan kepadaku “Si polan telah membuatku sedih”. Padahal merupakan suatu cela bila seorang pemuda diperhatikan. Ku jawab :“Dia telah datang kepadaku untuk meminta maaf. Dan menurutku permintaan maafnya merupakan penebus dosanya.”

10. Diam Membawa Keselamatan

Banyak orang berkata : “Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi ?” Aku katakan kepada mereka : Menanggapi sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat ! Harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu mengonggong.

11. Keutamaan Orang Pendiam

Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tak ada untungnya, paling tidak aku tak merugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.

12. Sang Dermawan

Jika kamu tidak boleh bersikap dermawan, maka ingatlah bahawa hari-harimu yang telah berlaku tak akan kembali. Bukankah tanganmu boleh mengepal dan membuka ? Apa yang boleh kau harapkan ketika kau sendirian tatkala bumi mencengkam dirimu dengan kuku besinya ? Saat itulah tentu, engkau berharap untuk dapat kembali ke dunia, padahal hari-hari itu tak akan pernah kembali.

13. Ciri-ciri Orang Warak

Seorang yang memiliki sifat warak, tak akan mempedulikan kejelekan orang lain, kerana disibukkan oleh aibnya sendiri, ibarat orang sakit, ia tak mungkin menghiraukan penyakit orang lain, kerana sibuk memperhatikan penyakitnya sendiri.

14. Mengendalikan Nafsu

Yaqut Al-Hamawiy berkata bahawa pada suatu hari ada seorang yang datang kepada Imam Syafi’e seraya membawa lembaran bertulis :“Tanyakanlah kepada mufti Mekah dari keturunan Hasyim, apakah yang dia lakukan ketika sedang sangat marah kepada seseorang.”

Imam Syafi’i lalu menuliskan sesuatu di bawah pertanyaan itu: Tekanlah nafsunya, kendalikan amarahnya dan hendaklah bersabar dalam menghadapi setiap persoalan.

Pembawa lembaran itu kemudian datang kembali sambil membawa tulisan yang baru sebagai jawapan fatwa Imam Syafi’e.“Bagaimana mungkin dia dapat menekan nafsunya pada saat nafsu itu telah menjadi pembunuh dan setiap hari ada saja halangan yang merintanginya?”

Imam Syafi’e menjawab lagi: Jika dia tidak mahu bersabar atas derita yang menimpanya, maka tidak ada jalan lain baginya, kecuali hidup berhiaskan tanah.

15. Menyimpan Rahsia

Bila seseorang membuka rahsia peribadinya di depan orang banyak, kemudian dia mencela orang lain, maka orang tersebut dianggap tidak waras. Bila dia merasa dadanya sempit akibat rahsia peribadinya, maka ketahuilah bahawa dada tempat menyimpan rahsia tersebut lebih sempit lagi.

16. Hiasan Diri

Jagalah dirimu dan hiasilah dirimu dengan budi pekerti yang mulia ! Nescaya engkau akan hidup sejahtera, dan tutur kata orang-orang terhadapmu akan menjadi indah.

Janganlah memusuhi manusia, kecuali dengan sikap ramah. Nescaya akan ada yang menolongmu dan sahabat akan mengasihimu.

Tidak baik mencintai orang yang berwajah banyak (munafik) kerana ia akan mengikut arah angin ke manapun angin itu bertiup.

Apakah erti banyak kawan jika mereka tidak menolong di waktu kita susah.

17. Sikap Lembut

Aku mengenali banyak orang, tetapi aku tidak pernah merasa dengki kepada mereka. Itulah sebabnya mereka sayang padaku. Bagaimana mungkin seseorang akan berlemah lembut kepada seorang pendengki, bila pendengki itu tidak menghendaki sesuatu apapun selain hilang nikmat dari orang tersebut.

18. Menjaga Diri

Jagalah dirimu baik-baik, nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan baik. Hindari perbuatan keji yang tidak pantas dilakukan oleh seorang muslim. Zina itu ibarat hutang, jika kau lakukan, maka isterimu dan anak-anakmu yang akan membayarnya. Renungkanlah.

19. Menjaga Lidah

Jagalah lidahmu kawan ! Agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak ubahnya ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.

20. Rahsia Peribadi

Jika hidupmu ingin selamat dari nista, agama mulia, dan hartamu terjaga, jangan sekali-kali engkau buka rahsia peribadi seseorang. Kerana semua orang mempunyai rahsia peribadi, dan mereka juga mempunyai lidah.

Tetapi jika kedua matamu terbeliak mencari keaiban, biarkanlah. Katakan saja : “Hai mataku ketahuilah bahawa semua manusia punya mata.” Pergaulilah manusia dengan baik, tampakkan keramahan kepada manusia, dan layanilah mereka denagn baik. “

21. Menilai Diri Sendiri

Nilailah orang yang menilaimu dengan ukuran yang dipakainya waktu ia menilaimu. Siapapun yang datang dan berbaik hati padamu, sambutlah dengan hari lapang, dan siapa saja yang membencimu, layanilah. Kembalikanlah kepada Tuhan, kerana segala sesuatu yang datang kepadamu berasal daripadaNya.

22. Jika Akan Mulia Dengan Hidup Apa Adanya

Kubunuh sifat-sifat tamakku, maka tenanglah jiwaku. Jiwaku akan hina kalau aku tetap tamak. Kuhidupkan rasa puas yang telah lama mati, kerana dengan menghidupkannya harga diri dapat terjaga. Jika sifat rakus bersarang di hati seorang hamba, maka ia akan menjadi orang yang hina dina.

23. Diam Itu Lebih Baik

Tidak ada baiknya banyak bicara jika engkau telah mengetahui inti pembicaraannya. Bagi seseorang pemuda lebih baik diam daripada berbicara yang tidak pada tempatnya. Sebab, seseorang pemuda memiliki watak yang dapat dilihat dari raut mukanya.

24. Pahitnya Menjaga Kebaikan

Jangan engkau fikirkan kebaikan orang yang telah diberikan kepadamu. Pilihlah bahagian yang sesuai untukmu. Bersabarlah ! Sesungguhnya sabar itu perisai diri. Pemberian-pemberian orang lebih berat tanggunggannya di hati dibandingkan tusukan tombak.

25. Berpaling Dari Orang Bodoh

Berpalinglah dari orang-orang yang bodoh, kerana yang dikatakannya bermula dari kebodohannya. Tidak ada bahawa sungai Eufrat yang dalam itu, jika ada anjing yang menyeberanginya.

26. Mata Orang Yang Redha Itu Tumpul Terhadap Kesalahan

Mata orang yang redha seringkali tumpul terhadap semua keaiban. Tapi mata orang yang benci sering kali memusatkan kejelekan. Aku tidak takut kepada orang yang tidak takut kepadaku. Maka cintaku pun akan mendekat kepadanya. Dan jika cintanya menjauhi dariku, maka kita dapat hidup sendiri, apa lagi jika kita telah mati.

Friday, November 11, 2011

~Kelebihan Solat Tahajud~


Kelebihan Solat Tahajud Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan.
5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.
5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan
"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu..." Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.

Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur.
Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.
Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan,dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)


Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.
Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam. Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain. Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.
Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu. Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir. Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.