Wednesday, February 19, 2014



~:::~ Mimpi Kekasih Allah S.W.T~:::~

Masih ku ingat kali pertama ku mimpikan Rasulullah s.a.w..Rupa baginda s.a.w tersangat indah dan cantik..Sewaktu ku berada dipadang pasir waktu itu..Ku melihatnya dari jauh..Dan memerhatinya..hatiku bertanya..

"..Siapakah beliau yang berjalan bersama dua orang sahabat? Tersangat rapat seperti sedang berdiri dalam keadaan saf.."

Dan tiba-tiba orang yang duduk ditengah-tengah antara dua orang sahabat itu mendekati kearahku..Dan terlihat disisi rupanya yang hampir denganku..dan memandang bawah ketika ku leka memandang kearahnya..baginda s.a.w tersenyum malu dihadapanku..dan ku melihat tanpa berkelip..ku tertanya..indahnya rupanya..tiada manusia didunia seindahnya..

Rambutnya yang ikal yang hingga paras bahu dan berkilau-kilau..dan serbannya yang berekor yang berwarna putih..dan angin yang bertiup lembut hingga menampakkan ekor serbannya yang melambai-lambai..satu persatu rupanya ku perhatikan..keningnya yang agak pelik yang berbentuk seperti huruf alif..dan spt bulan sabit..dan matanya yang bulu matanya lebat..yang alis matanya..hidungnya yang mancung sedikit kebawah..dan bibirnya yang tidak terlalu tebal..tidak terlalu nipis..berwarna kemerahan..dan dihujung hidungnya..ada cahaya yang memancar..pipinya yang kemerahan dan hidungnya juga kemerahan..kulitnya keputihan kemerahan..

Allah...hatiku bersuara..

"..Dialah Rasulullah s.a.w.."

Indahnya bentuk ciptaan Allah..SubhanaAllah..badannya yang tidak terlalu tinggi..tidak terlalu rendah..tersangat indah rupa baginda s.a.w..

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina  Muhammad Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Wasallim..

Inginku mimpi baginda s.a.w lagi Ya Allah..

Kenangan tersangat indah bagi ana.. :')


Pilihlah seseorang itu dengan sebaiknya..

Usah hanya lihat..

Diluarnya Emas..Didalamnya Perak..

Pilihlah yang..

Diluarnya Perak didalamnya Emas..

Allah Maha Pengasih :')
Sambungan tentang pondok ku..

Setibanya ana kt sana..benar-benar mencabar..

Terlihat bermacam-macam..Doa jadi mudah makbul..Allah...

Dugaan datang bertimpa-timpa..

Tanya pada depa..

"..Allah..mcm2 dugaan.."

Depa jawab..

"..Memang kena tahan kak..sabar ya kak..nak tahan smpai 40 hari memang mcm2 akan berlaku.."

Terlihat pelbagai..Makhluk halus..tiada siapa tempat ku mengadu melainkan Allah..Allah.. :')

Semasa disana..dapat rasa benda halus 2 ada dimana..

Sangat besar dugaan..Tapi best sangat belajar kt pondok..

terpaksa berhenti sebab nak tlg keluarga..dan ayah ana dah kurg sihat..mama ana pn.. :')

Doakan kesihatan depa ya.. :')

Wednesday, October 16, 2013

~IMPIANKU TELAH TERCAPAI DENGAN MEMASUKI PONDOK~

...Ku musykil pada mulanya..ingin ku sambung ussuluddin di UM..Tetapi..Ku cuba lakukan istikarah..meminta petunjuk Ilahi yang Maha Kuasa..Dan tiba satu hari..Ku lakukan istikarah..Dan terlihat dua jalan..Kebetulan pada waktu itu..Ramai yang melamarku untuk menikah denganku..Hingga buat ku tertanya..sama ada nikah atau belajar..

...Seharian ku lakukan istikarah..Dan setelah sekian lama..baru terlihat dalam mimpiku..Mempunyai dua jalan..jalan yang pertama dan kedua..yang kedua ada ramai lelaki yang ingin melamarku..dan yang jalan pertama memaparkan sebuah pondok..dan diatasnya tertulis PONDOK..tulisannya berwarna putih..dan ku pergi di jalan pertama..yakni menuju pondok..sungguh tidak ku sangka..=')

..Pada minggu pertama..ku duduk dipondok..ku duduk sorang..dan ada sahabatku..yang budak sekolah..dan mereka jarang ada dipondok..pelbagai dugaan semasa ada disana..dgn dikalangan org sekeliling..dikalangan gangguan..semuanya ku kena..tetapi...Kuasa Allah..Mengatasi segala...memberi ku semangat meniti titian ilmuNya..Alhamdulillah Ya Allah..=')

...Di pondok..ku kenali erti Zuhud..tika tidur tanpa tilam..hidup tanpa cahaya lampu..dengan air yang kekurangan..Makanan yang tak semewah ku berada dirumah..Penuh kekurangan..Ku pelajari Erti Bersyukur..=')

..Di pondok juga..Ku pelajari..erti adab..Alhamdulillah..Allah hadirkan ku sahabat yang agak mencabar tahap keimananku..Hingga ku kenali erti adab dan kesabaran..Masa hari pertama ku dengar bermacam2..benda ghaib..dan sangat mengerunkan ku..hingga rasa ingin balik..tetapi..tetap ku kuatkan semangat..Alhamdulillah Allah beri ku semangat..=')

**TIada DAyaku Tanpa Bantuan Allah**

...Dan tahukah kalian pondok apa yang ku masuk itu..Namanya adalah Pondok Madrasah Ad Diniah Al Latifiah Kg Kuak Luar Pengkalan Hulu Perak..

..Alhamdulillah..nanti ana cerita lg na pengalaman..in shaa Allah.. =')


**17 October 2013 2.29pm**







Sunday, May 19, 2013

~Mimpi Kalimah Allah~

Masuknya 1 rejab pada tahun 2013..Diriku telah tetapkan untuk bina buku amalan yang lebih baik..Dan tika ku terus melakukan ibadah..Tidak ingin ku jauh dari menyebut dan mengagungkanNya walau sekali..Dalam masa yang terluang itu..Ku selitkan pujian padaNya..Supaya diriku tidak lupa..Bahawa tujuan hidup didunia ini adalah hanya untuk beribadah padaNya..Tiadalah kebaikkan yg ada pada seseoraang itu melainkan ianya milik Allah dan pinjaman dari Allah S.W.T..

~Pada mulanya satu rejab..Ku bermimpi kalimah Allah..Diriku berceramah tentang kalimah Allah..Dan terpampangnya gambaran kalimah Allah..Yang berwarna putih tulisannya..Dan Berwarna gelap gambaran dibelakangnya..Sungguh tidak ku ketahui akan maksudnya..Tiada yang mendengar ceramahku..Cuma yang ada adalah anak muridku..Namanya adalah Muhammad..Dan seperti ku sedar bahawa ku sedang berceramah..Ku terjaga pada pukul 1 lebih..Dan ku ambil masa itu untuk mengadu padaNya...Benar adakala ku melakukan dosa tanpa ku sedar..Tetapi tidak akan ku lupa mimpi 2 kerana tempat itu tersangat cantik..seperti berada ditanah suci....Allah...Ingin ku menziarah lg tempat itu...

~Pada bermulanya 2 rejab..Pagi itu..ku terlena..Dan termimpi ku mengambil wudhu..bersama temanku kaum hawa..Tetapi wanita itu terus pergi meninggalkanku..Kelam kabut ku turun tanpa sempat memakai hijab dan Niqabku..Dan ku duduk dikalangan wanita yang memakai tudung tetapi memakai pakaian yang ketat..Dan tiba2..Terlihat berlalu beberapa kalangan wanita yang berniqab dan menutup aurat mereka..sedang berpusing disatu tangga..dan ku tidak memahami megapa mereka pusing..huhu..Tiba2..wanita yang berada dihadapanku itu..mentertawakan mereka yang berniqab..katanya..

"Apalah berniqab..Ntah pape..Klaka sangat..nampak mata ja putih..hahaha.."

Dan ku menegurnya..

"Tak baik kata mcm tu.."

Dan salah seorangnya menjawab..

"Apasal? nak kena ke?"

~Ku berdiam dan memakai niqab dan hijabku..Kemudian ku berlalu dari sisi mereka..dan mereka mengatakan...

"Berniqab rupanya..huhu.."

~Dan pada 3 rejab..ku bermimpi lagi..ku berada dihadapan para jemaah wanita yang sedang ingin melakukan solat..ku sedang duduk dan ingin berlalu kerana mereka ingin solat..mereka semua memakai telekung..dan mereka semua bangun apabila imam hampir mula membaca niat solat..dan terus ku terbangun..Hingga sekarang...Ku tidak ketahui maksud mimpiku itu..Inginku jumpa dengan Ustaz Haron Din dan bertanya ttg mimpi ku..Tetapi ku abaikan..Mungkin ada sesuatu yg Allah nak sampaikan..Tetapi tidak ku fahami maksdunya..

~Telah banyak yang bnda pelik yang ku lalui...Benar hanya Allah Maha Mengetahui maksud tiap yang berlaku pada diriku...Andai ku ceritakan..Panjang dan lebih banyak ceritanya..Biarlah hanya Allah dan diriku tahu akan rahsia itu...Diriku lebih senang mengadu denganNya dari dengan manusia...Kerana Allah itu yang memberi ketenangan..Dia yang membantu ku menyelesaikan masalah..Bukanlah manusia.....

<3 Cinta Allah Itu tersemat dalam Hati <3

Wednesday, December 19, 2012

~Ketika Kata-kata itu dilafazkan~

Sering diriku mencari dimana ketenangan itu..
Ku mencari dipelosok dunia..
Hinggalah ke melihat sesuatu yang tidak terjangka..
Melihat akan KekuasaanNya..
Benar aku takut tika terlihat itu..
Tetapi..Aku yakin itulah KekuasaanNya..
Yang mampu meruntuhkan egoku..
Dan meninggikan rasa keinsafanku..
Hingga aku terduduk dan menitiskan airmata yang berlinang dengan penuh rasa insaf..
Hingga menitiskan segala dosa-dosaku yang setinggi gunung..
Yang masih tidak kurang Apabila ku berpaling..
Hinggalah setelah ku cuba amalkan segala sunatNya..
Maka barulah ada satu suara yakni imanku yang sering menegurku..


Andainya diriku menceritakan segala yang terjadi padaku..
Pastinya tiada siapa yang percaya..
Tika kali pertamanya ianya berlaku..
Benar ku katakan.."Ya Allah apakah maksud semua ini..?"
Kemudian berlaku lagi tetapi benda lain..
Dan terjadi lagi..
Dan terus berlaku..Dan hanya berlaku tika ku dekatiNya dalam Tahajud yang bertasbih..

Hinggalah diriku terus menitis airmata..
Hinggalah Dunia itu bukan lagi digenggamanku..
Hinggalah ku jalani segala suruhanNya..
Benarlah..Nasihat dari hambaNya tidak mampu mengubahku..
Hanya hidayah dariNya mampu menyedarkanku hingga ku terduduk..

Pernah ku melihat sesuatu yang amat indah bagiku..
Dan apabila aku bertanya pada mereka..
Ya..mereka tidak percaya..Dan mereka berkata.."Tiada apa pun yang nampak.."
Tapi bagiku..ianya sesuatu yang indah..Hinggalah aku teruja..
Dan ingin aku ceritakn pada semua..Agar mereka dekatiNya..
Dan kelak mereka pasti dapat melihat akan kecantikkan KekuasaaNya..
Tetapi mereka memikirkan sebaliknya tentang diriku..
Mereka menyangka aku menjadi Ujub..
Tapi bagiku..Cukuplah Pemilik Cinta sejati itu yang kenali diriku..
Kenali hatiku..Katalah apa yang kalian ingin katakan..
Kerana ku hanya percaya padaNya..Tiada yang kedua bagiku..


~<3~Biarlah Tahajud Cinta itu bertasbih dihatiku...Dan Biarlah Pemilik Cinta Sejati itu kenali akan hasrat hatiku..kerana Allah Maha Kuasa..^__^~<3~

Friday, December 7, 2012

Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).

Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:



1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.



2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.



3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.



4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.



5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.



6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.



7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).



8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.



9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.



10) UPDATE 26 MAY 2011: Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental.

11) UPDATE 30 OCTOBER 2011: Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak ia cepat cair.

12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.

13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)