Thursday, July 21, 2011

Aku hanya hambaNya..sehingga akhir hayatku..dan sehingga aku bertemu dgnNya..~~


diriku tidaklah sejernih air dipantai..aku rela jika dihina sekalipn mnyakiti hatiku..kerana ku tahu..manusia..tiadalah yg sempurna..terutamanya aku sebagai hambaNya..aku tidak akan memarahi seseorg jika dia menegur aku..maka tegurlah daku jika daku melakukan kesilapan..jika ingin memuji seseorang..kita haruslah mengingati..bahawa dia adalah ciptaan Ilahi..dan pujilah Allah..kerana cantiknya ciptaanNya..sekalipun hambaNya pernah membenci ku..mengata aku sebagaimana pn..tidak akan sekali aku membenci..kerana tidaklah layak aku sebagai hambaNya membenci ciptaanNya..Allah telah pn melembutkan hatiku..apabila datangnya fitnah..tidaklah aku membalas dendam..kerana aku yakin Allah ada dgnku..aku tahu Allah maha kuasa..tetapi tidaklah ku berharap sahabatku diseksa..biarlah aku diseksa..sekalipn sakit bagiku..kerana aku sayang saudara islamku..tetapi jika aku salah..aku berharap supaya Allah menghukumku..supaya diriku ini sedar..aku hanyalah hambaNya yg hina..dan kerdilnya daku..segala yg ada padaku semuanya miliknya..jika hambaNya ingin mngatakan aku berlagak baik..katalah jika itu memuaskan hatimu..tidaklah juga ku benci..kerana aku teringin mnjadi seperti Ya Rasulullah..bagindalah idolaku..dan akan ku cuba mngikuti sunnahnya..bagiku..tidaklah penting hidup didunia ini..tetapi impianku hanya dapat berjumpa dgn Allah dan menghadap padaNya sebagai hambaNya yg hina..yang penuh dgn kelemahan..dan amatlah aku teringin cintaNya..ingin ku melalui lembaran cintaNya..Aku ingin menjadi setabah Ya Rasulullah..penyabar sepertinya..menegakkan agama islam kerana Allah..tidak membenci sesama hambaNya..menghormati fakir miskin dan merendahkan diri sekalipn baginda seorang yang berdarjat tinggi...

~~itulah luahan hatiku..sekalipn hatiku tersiksa..namun hakikatnya aku lakukan semuanya ats dasar cintaku padaNya..~~Aku tetap akan mengejar ilmuNya..menegakkan agamaNya..melakukan amalan padaNya sebanyak yg mungkin..Tiadalah seseorg akn memahami hatiku terhadapNya..kerana hanya aku merasainya..dan hanya Allah tahu bagaimana perasaanku..maaf sahabat2 ku jika aku ada melakukan salah..dan mengatakan sesuatu yg menyakiti hati..aku hanya hambaNya yg pnuh dgn kesilapan dan kelemahan..Assalamualaikum..~~

~~Kekalkan sunnah Ya Rasulullah didunia..tagih cintaNya didunia..kelak berjumpa dgnNya diakhirat sebagai hambaNya yang Allah kenal..biar kita nampak kolot dimata manusia..tetapi jangan nampak kolot dimata Allah..biarkan kita dibenci hambaNya...jangan kita dibenci oleh Allah S.W.T..~~

Bergantunglah Sepenuhnya Kepada Allah SWT...


Tanpa pemeliharaan, perlindungan dan rahmat Allah pasti kita akan binasa. Allah SWT dengan kasih sayangnya pada kita telah mengurniakan macam-macam jenis nikmat secara ‘percuma’. Oksigen untuk bernafas, anggota badan dan pancaindera yang berfungsi dengan sempurna, akal untuk berfikir dan lain –lain nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

Tabiat manusia mereka akan tunduk dan bergantung kepada Allah bila dalam keadaan terdesak. Bila mereka dalam keadaan senang dan aman mereka kembali mendurhakai Allah SWT. tabiat buruk manusia ini beberapa kali dirakam oleh al-Quran:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kedekut”.( al-Ma’arij:19-21)

“Apabila mereka menaiki kapal dan terumbang-ambing di tengah samudera maka mereka pun berdo’a kepada Allah dengan ikhlas (tidak syirik sebagaimana ketika dalam kondisi aman di darat). Kemudian tatkala Kami selamatkan mereka ke daratan maka merekapun berbuat syirik.” (Surah al-‘Ankabuut : 65)

Begitu perangai kebanyakan manusia. Bila mereka berdepan dengan masalah seperti ditimpa sakit, jatuh miskin, kehilangan insan tersayang maka mereka rajin solat, selalu berdoa dengan rendah diri dan mentaati Allah. Namun bila masalahnya diselesaikan oleh Allah, mereka kembali lalai dan durhaka. Solat tidak lagi dilaksanakan dan sombong untuk berdoa kepada Allah SWT. Na’uzubillah.

Bergantunglah kepada Allah SWT setiap masa sama ada ketika senang atau susah, kaya atau miskin, sakit atau sihat. Sesungguhnya pergantungan kepada Allah merupakan senjata ampuh dalam mengatasi semua kesulitan. Inilah senjata yang melepaskan Nabi Ibrahim ketika dicampak ke dalam api oleh Namrud. Nabi Ibrahim membaca :

حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Bermaksud : Memadailah bagiku Hanya Allah (sebagai penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Ibn Abbas.

Allah yang bersifat al-Rahman dan al-Rahim tidak akan membiarkan hamba yang berserah kepadaNya begitu sahaja. Pasti Dia akan membantu hambaNya yang bergantung harap sepenuh kepadaNya.

Cuba perhatikan doa Rasulullah saw yang begitu indah susunan kata-kata menyatakan pergantungan diri sepenuhnya kepada Rabb Yang Maha Mendengar. Iaitu doa :

يَا حَّيُ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ،
وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Maksud : Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Menguruskan, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah semua urusanku dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata ( Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim )

Doa ini Rasulullah saw baca pada setiap pagi dan petang. Oleh itu amalkanlah doa yang indah ini setiap masa. Tidak akan sia-sia sesiapa yang berserah kepada Allah SWT. Yakinlah. Letakkanlah diri kita dalam golongan yang dicintai oleh Allah :

“Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. ( Ali Imran:159)

Kehebatan Seorang Mukmin : Syukur dan Sabar



Mukmin memberi maksud seorang yang beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain dengan sebenar-benar keimanan. Keperibadiannya amat mengkagumkan sesiapa yang memandangnya. Nikmat yang melimpah-ruah tidak menyebabkannya lupa diri atau kufur. Begitu juga bila dia ditimpa musibah dan kesusahan, imannya tetap utuh dan tetap bersabar menghadapinya.

Keperibadiannya yang unggul mencetuskan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (Imam Muslim)


Hiasilah diri kita dengan dua sifat mulia ini : syukur dan sabar. Dua sifat ini tidak diperolehi melainkan oleh mereka yang benar-benar beriman. Kebanyakan manusia bersyukur bila berada dalam kesusahan namun bila diberi nikmat kekayaan mereka akan lupa diri dan kufur nikmat dengan menggunakannya ke arah kemurkaan Allah.

Dengan bersyukur Allah akan tambahkan nikmat seseorang. Inilah janji Allah dalam firmanNya :

“Dan ingatlah ketika Rabb kamu mengumumkan kepada kamu; Jika kamu bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur, sesungguhnya siksaKu sangatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Berdoalah agar Allah mengurniakan sifat syukur kepada kita. Rasulullah saw mengajar satu doa berkaitan perkara ini iaitu Baginda saw menyuruh kita berdoa pada akhir solat :

اللهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepadaMu.” ( Abu Daud, disahihkan al-Albani)

Setiap insan tidak dapat lari daripada kesusahan hidup dan musibah sama ada berupa penyakit, kemiskinan, kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Musibah ini sebenarnya adalah ujian dari Allah untuk menguji hambaNya. Allah ta’ala berfirman:

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Sikap seorang mukmin bila menghadapi musibah ialah reda dan menerimanya sebagai ujian dari Allah. Dia menerima ketentuan Allah dengan hati yang lapang dan berserah diri kepada Allah. Din memanfaatkan musibah tersebut sebagai peluang untuk mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah. Sabda nabi saw yang bermaksud :

“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim).

Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, hasan sahih)

Namun demikian berdoalah agar tidak diuji dengan ujian yang tidak mampu kita pikul. Allah merakam doa ini dalam al-Quran agar kita mengamalkannya,iaitu doa yang seringkali kita baca :

رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)

Sabar mempunyai tiga jenis iaitu sabar dalam menjalankan ketaatan, sabar dalam menjauhi kemaksiatan dan sabar dalam menghadapi musibah dan takdir Allah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kita dengan menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan sentiasa sabar dalam menempuh cabaran dan ujian kehidupan.

Friday, July 8, 2011

Kisah Hidupku.........T-T

Pada waktu dulunya...aku mnjadi seorang hamba Allah yang sayang pada Allah..seorang yang zuhud...seorang yang sntiasa ingat pada Allah..Suatu hari..datanglah seorang hamba Allah..yakni kaum adam..dya menagih cintaku..setelah 2..aku menerimanya..lupalah aku padaNya..tidak lagi ku kisah larangan dan suruhanNya..sahabatku juga....tetapi aku tidak lupa menyembahNya..suatu hari...aku diuji dengan dugaan yang begitu besar.....kemudian aku mula bersangka buruk padaNya...Nauzubillahi min zalik....T-T...aku mula lalai dengan arus duniawi yang terus membawa aku ke lembah dosa..yang sntiasa dekat dgn syaitan..yang sntiasa melakukan laranganNya..cuma satu yg aku pegang...prinsipku..aku tak akan pegang dadah...aku tak akan minum arak..aku tak akan melakukan zina..dan tak akan memakan benda yang haram..itulah prinsipku...setelah agak lama aku dilembah dosa...hadirnya seorang hamba Allah..kaum adam...beliau amatlah baik..amat tegas dalam hal yang berkaitan agama islam..kemudian beliau menasihatiku agar jgn terus terjerumus dalam lembah dosa..dya yang membantu aku..dya yang menyelamatkan aku dari hampir masuk ke lembah kehinaan yang terus melakukan laranganNya..tetapi...aku berubah kerananya..bukan kerana Allah..tetapi aku usaha agar aku tidak jatuh hati dengannya..tetapi aku tewas..aku tetap jatuh hati dgnnya..kemudian..Tiba-tiba..datangnya hari yang amat indah bagiku...ku termenung sendirian..tiba2 datangnya hidayah dariNya...barulah aku sedar..tugas aku sebagai hambaNya..yakni mengumpul amalanku agar tercapai impian ku berjumpa denganNya..maka tertutuplah sedikit2 hatiku..dan terus hatiku berkata...hanya Allah cintaku..biarlah sekalipun hambaNya yakni kaum adam yang sehemsem dan sebaik mana pn..hatiku sudah tidak terpaut lagi..tetapi apabila aku melihat ciptaanNya...hatiku hanya berkata..maha kuasanya Allah..Sesungguhnya..hadirlah cintaku padaNya..tiap masa aku teringatNya..tiap apa aku lakukan semuanya keranaNya..hatiku hanya akan terpaut pada jodoh yang telah ditetapkan oleh ilahi..dan akan ku mengajaknya agar terus mnguatkn lagi cinta kami terhadap Allah..jika kuat cintanya pada Allah..maka kuatlah cintaku padanya..jika kurang cintanya pada Allah..maka kuranglah cintaku padanya..Sesungguhnya aku amat mencintaiNya..impian yang amat ku teringin adalah berada disuatu tempat yang tiada siapa denganku...hanya Allah..inginku kuatkn ilmu ku terhadap Allah...agar aku dapat terus beriman dan berada denganNya..biarlah tiada apa pun yang aku dapat didunia ini..janji aku dapat cinta dr ilahi..T-T..ingin aku terus menyembahnya tanpa henti..semasa aku solat..dapatlah mengubat sedikit rinduku terhadapNya..tenanglah hatiku rasakan..~~Ya Allah..kuatkanlah cintaku terhadapMu..janganlah Kau jauh denganku Ya Allah..dekatlah dengan aku..aku akn tetap mencintaiMu..biarlah apa hambaMu nak benci aku..mengatakan aku kolot..tetapi padaku..janji janganlah Kau pandang aku kolot..aku ingin mnjadi hambaMu yang beriman..yang sntiasa Kau ingat..yang Kau kenali...T-T...lindungilah aku dr melakukan laranganMu..tetapi pimpinlah aku melakukan suruhanMu..aamin...T-T~~Syukran jazilan pada sahabatku yang sudi mebaca...marilah kita mngejar cintaNya..mengapai hidayahnya..Assalamualaikum..jaga diri..jaga iman..ingat Allah...~~